In Memoriam: Professor Datuk Dr Mohamed Hatta bin Shaharom
It is with deep sorrow that we announce the passing of Professor Datuk Dr Mohamed Hatta bin Shaharom, a distinguished psychiatrist, educator, and leader in Malaysia’s mental health community.
Prof. Hatta passed away peacefully on Thursday, 19 June 2025, at 2:20 PM, corresponding to 22 Zulhijjah 1446H, at Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM, surrounded by his beloved family.
A pioneer and respected figure in Malaysian psychiatry, Prof. Hatta will be remembered for his professional excellence, unwavering compassion, profound wisdom, and remarkable humility. He was a mentor, teacher, guide and a friend to many, leaving a lasting legacy in the hearts and minds of mental health professionals across generations.
Even during times of ill health, Prof. Hatta remained committed to his colleagues and community—writing, encouraging, and offering words of wisdom and comfort. His gentle presence, eloquent speech, and steadfast dedication to human dignity and healing will continue to inspire us all.
We extend our deepest condolences to his family, friends, colleagues, and students. May Allah SWT grant him eternal peace and place him among the righteous.
Al-Fatihah.
From the members of the Malaysian Psychiatric Association
In Memoriam: Professor Datuk Dr Mohamed Hatta bin Shaharom
Dengan rasa dukacita, kami ingin memaklumkan pemergian Professor Datuk Dr Mohamed Hatta bin Shaharom, seorang pakar psikiatri terkemuka, pendidik, dan tokoh kepimpinan dalam bidang kesihatan mental negara.
Prof. Hatta telah kembali ke rahmatullah dengan tenang pada hari Khamis, 19 Jun 2025, jam 2:20 petang, bersamaan dengan 22 Zulhijjah 1446H, di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM, dikelilingi oleh ahli keluarga tersayang.
Sebagai seorang perintis dan tokoh yang disegani dalam bidang psikiatri Malaysia, Prof. Hatta dikenang bukan sahaja atas kecemerlangan profesionalnya, tetapi juga kerana sifat belas ihsan, kebijaksanaan, dan kerendahan dirinya yang luar biasa. Beliau merupakan mentor, guru, kawan dan pembimbing kepada ramai. Beliau telah meninggalkan sebuah legasi merentas generasi dalam kalangan profesional kesihatan mental.
Walaupun dalam keadaan kesihatan yang kurang baik, Prof. Hatta tetap aktif menyumbang — menulis, berkongsi, dan memberi kata-kata nasihat serta sokongan kepada rakan-rakan seperjuangan. Keberadaan beliau yang lemah lembut, tutur kata yang indah, penuh hemat dan dedikasi beliau yang tidak berbelah bahagi demi memartabatkan dan memulihkan maruah insan akan terus menjadi inspirasi buat kita semua.
Kami mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga, sahabat, rakan sekerja, dan para pelajar beliau. Semoga Allah SWT mengampuni beliau, mencucuri rahmat ke atas rohnya, dan menempatkan beliau dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah.
Daripada ahli-ahli Persatuan Psikiatri Malaysia



Leave A Comment