Upcoming Events – Archive
(ROADSHOW) SESI PENERANGAN “NEW NATIONAL POSTGRADUATE CURRICULUM (PSYCHIATRY)” PERINGKAT ZON UTARA
Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Kepakaran Psikiatri mengadakan (Roadshow) Sesi Penerangan “New National Postgraduate Curriculum (Psychiatry)” Peringkat Zon Utara pada 17 Feb 2022 di Auditorium, Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani. (Aturcara seperti dilampiran).
Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Kepakaran Psikiatri amat berbesar hati menjemput
- Ketua Jabatan/ Wakil
- Pakar -pakar Psikiatri
III. Pegawai Perubatan yang berminat untuk memohon memasuki program psikiatri bagi sesi 2022/2023.
Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak tuan/puan dapat memberikan maklum balas senarai kehadiran nama peserta melalui link https://tinyurl.com/zon-utara selewat-lewatnya pada 7 Feb 2022. Ini kerana kami perlu menempah makanan untuk peserta dan juga untuk mematuhi SOP yang di tetapkan. Sebarang mengenai pertanyaan boleh menghubungi Puan Murni melalui emel mrni@um.edu.my atau talian telefon 03-79492068.
Kerjasama dan perhatian pihak tuan/ puan, berhubung perkara ini amatlah di hargai dan di ucapkan terima kasih.
Sekian.
Yang benar,
PROFESOR DR.AHMAD HATIM BIN SULAIMAN
Pengerusi Jawatankuasa Kepakaran Psikiatri merangkap
Ketua Jabatan Psikiatri
Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)
Surat Jemputan Zon Utara _ 17 Feb 2022 Aturcara Program _17 Feb 2022